MENGAPA MBMMBI DILAKSANAKAN?
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Thursday 19 March 2015
Pengenalan MBMMBI
TUJUAN MBMMBI
· Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
· Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Malaysia
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
· Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
· Asas Berbahasa (Back To Basics)
· Didik Hibur
· Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
· Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
· Program Bacaan
· Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
· Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
· Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
· Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
· Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

* Pendekatan
Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa
diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik menerusi modul P&P.
* Asas
Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan
secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar,
prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui
modul
P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P
tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara
bersepadu dalam konteks.
* Didik
Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang
lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam
dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan
penghasilan produk.
* Penggunaan
Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa
yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa
Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar
tidak
menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
* Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt
seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan
P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan
diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum
bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa
Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa
Malaysia.
* Program
Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia
(KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan
NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan
bahan
sastera dapat ditingkatkan.
sastera dapat ditingkatkan.
* Guru
Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu
pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang
memberikan
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
* Persekitaran
Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan,
keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa
bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah
lebih kondusif
untuk P&P.
untuk P&P.
* Bahasa
Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari
Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan
ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat,
seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua
urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
* Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.
* Syarat
Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian
di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa
Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA
INGGERIS
Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:
· Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris
· Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rend
· Asas Berbahasa (Back to Basics)
· Didik Hibur – Modul Language Arts
· Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
· Penetapan Model Bahasa Inggeris
· Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah
· Sumber P&P – Makmal Komputer
· Guru : Contact Time Berkualiti
· Perkongsian dan Jaringan Guru
· Kepimpinan Sekolah
* Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris – peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam.

* Transformasi
Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan
Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular.
* Asas
berbahasa (Back to Basics) – Kurikulum Bahasa Inggeris
menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi
penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran
yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam
konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa.
* Didik
Hibur – Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan
apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui
aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan
bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak,
bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan
murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre.
* Elemen
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris – Kurikulum Bahasa Inggeris akan
mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan
menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran
berkenaan.
* Penetapan
Model Bahasa Inggeris – model Standard British English digunakan
sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari
segi sebutan, penulisan dan tatabahasa.
* Transformasi
Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah – Transformasi Kurikulum Bahasa
Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa
mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus
dalam modul Grammar.
* Sumber
P&P – Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian
supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat
dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang
sesuai.
* Guru –
Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru – murid,
seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn
mengajar kelas berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1
dan 2.
* Perkongsian
dan Jaringan Guru – sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan
berkesan.
* Kepimpinan
Sekolah – Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan
tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami
matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program
yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras BI akan
diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
Program seperti English Camp atau English Village akan
dijalankan secara berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)